Apa itu virtual run?
Virtual run
(larian maya) adalah acara lain yang boleh dilakukan oleh peserta di mana-mana
lokasi pilihan. Ini bermaksud peserta tidak perlu hadir ke lokasi penganjur.
Peserta bebas memilih mana-mana lokasi sama ada perkarangan taman sendiri,
kawasan kerja atau taman rekreasi berdekatan untuk acara ini. Peserta juga
boleh melakukan acara ini dengan berjalan, menggunakan treadmill, melakukan
larian di tempat awam atau menyertai pertandingan marathon lain semasa acara
ini dijalankan. Peserta kini boleh berlari mengikut rentak larian sendiridi
mana sahaja di dunia ini.
Virtual run
adalah cara yang menarik untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tahun,
mendapatkan motivasi ketika melakukan larian dan menerima penghargaan melalui pingat
dengan design tersendiri yang sangat kreatif untuk penyertaan anda!
DAFTAR SEKARANG!
Langkah 1
Daftar untuk acara ini!
Mendaftarlah
kepada acara “Silver Fitness Merdeka Run 2017” ini. Anda akan menerima sekeping
custom-made medal dan microfiber T-shirt yang selesa untuk larian anda yang
seterusnya setelah anda berjaya melengkapkan syarat jarak minimum yang
ditetapkan. Anda juga berpeluang mendapat hadiah istimewa seperti Suunto
Fitness Watch dan Fitbit.
Selepas anda
mendaftar, anda boleh mula melakukan larian.
Langkah 2
Lakukan larian pada masa anda sendiri!
Anda boleh
melengkapkan virtual run anda pada masa kelapangan anda di kawasan rumah anda, gymnasium,
atau membuat larian atas treadmill, malah anda boleh melakukan larian
berkumpulan bersama kawan-kawan larian anda tanpa risau tentang lokasi atau
masa acara - Anda bebas melakukan larian ini di mana-mana sahaja di dunia ini!
Acara kami tidak
menetapkan masa larian yang membebankan. Anda boleh cuba melengkapkan larian
dalam tempoh yang panjang – anda masih akan dianugerahkan pingat mengikut
rentak larian anda. Anda boleh berjalan untuk melengkapkan larian anda tanpa
risau ditinggalkan oleh peserta lain dan bebas untuk berehat sekiranya anda
memerlukannya. Anda boleh melengkapkan larian dengan mengatur jadual larian.
Anda boleh lakukan beberapa larian pada hari-hari berbeza untuk melengkapkan
larian. Anda boleh lihat di sini untuk jadual acara dan contoh jadual larian
peserta lain di sini.
Langkah 3
Hantar keputusan larian anda.
Hantar keputusan
anda di SINI atau dengan menekan tag keputusan di muka depan webpage ini. Kami
menerima seberapa banyak pun keputusan yang anda hantar melalui pautan yang
telah kami berikan. Sekiranya anda perlu untuk memuatnaik keputusan dengan
mudah, anda boleh emelkan kami di manager@silverfitnesslab.com.
Anda boleh emelkan kami semua snapshot anda, dan kami gembira untuk
mengesahkannya, dengan syarat kami boleh melihat jarak larian dan masa yang
diambil untuk melengkapkan larian. Contoh snapshot larian tersebut boleh
dilihat di SINI. Anda boleh menggunakan apps larian seperti Garmin, Fitbit,
Samsung Health, Fitbit Stat, Parkrun times dan sebagainya.
Langkah 4
Dapatkan kit penghargaan anda!
Kami akan
memaklumkan berkenaan kit penghargaan anda (pingat dan T-Shirt anda) apabila
acara berakhir melalui emel anda. Untuk hadiah istimewa, kami akan maklumkan
melalui emel dan juga akan menyiarkan di webpage ini. Sila tunggu dalam tempoh
7-10 hari waktu bekerja untuk mendapat hadiah² tersebut.
Semoga Berjaya!
DAFTAR SEKARANG!